Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali

Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali atau lebih dikenali sebagai Amirul (lahir 3 Julai 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kuching, Sarawak.Penyanyi kegemarannya ialah Kanye West, Vince, Radhi OAG. Pelakon kegemarannya pula ialah Adam Sandler, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Rosyam Nor, Erra Fazira, Reese Witherspoon, dan Sarimah Ibrahim. Beliau dikenali dengan imej hip hop, seluar besar, dan baju besar serta bertopi, jejaka comel berketurunan kacukan Melanau dan Cina ini tahu apa yang beliau inginkan.

Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali

Berasal dari  Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali
Pengkarya berkait Akademi Fantasia musim keempat
Instrumen Vokal
Juga dikenali sebagai Amirul Azwan / Amirul
Kelahiran (1988-08-03) 3 Ogos 1988 (umur 31)
Kuching, Sarawak.
Nama asal Amirul Azwan